Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BNM, empat bank pusat ASEAN setuju tubuh Projek Nexus

    KUALA LUMPUR, 13 JUN – Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank pusat Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand telah bersetuju mengenai matlamat bersama untuk menubuhkan ‘Projek Nexus’, platform pelbagai hala (rangkaian pembayaran rentas sempadan) bertujuan menghubungkan sistem pembayaran domestik.

    Ketua Hab inovasi Bank for International Settlements (BIS) yang berpangkalan di Singapura, Maha El Dimachki menekankan kepentingan visi bersatu lima rakan kongsi dalam memastikan pelancaran projek itu berjaya.

    Mempunyai visi dan strategi yang dikongsi adalah penting untuk kemajuan projek dan mengatasi pelbagai halangan.

    “Anda perlu memastikan bahawa terdapat visi dan strategi yang dikongsi bersama; Jika tidak, tidak ada gunanya kerana terlalu banyak perbezaan,” katanya pada sesi Simposium Sasana 2024 anjuran BNM hari ini.

    BIS adalah penyelaras Projek Nexus.

    Sesi Simposium Sasana bertajuk ‘Pembayaran Masa Depan’ membincangkan ketersambungan pembayaran pelbagai hala untuk ASEAN dengan fasa seterusnya Projek Nexus memfokuskan pada peralihan sistem Nexus sedia ada kepada model berdaya maju dari segi operasi dan kewangan menjelang tahun 2025.

    El Dimachki berkata rundingan mengenai Projek Nexus adalah lebih kompleks daripada perjanjian dua hala kerana ia merupakan platform pelbagai hala melibatkan lima negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda