KUALA LUMPUR, 20 Julai – Bank Negara Malaysia (BNM) secara kerjasama dengan industri kewangan Islam, mengeluarkan satu kertas strategi berkenaan Pengantaraan berasaskan Nilai (VBI) bagi memperincikan strategi untuk mengukuhkan peranan dan impak institusi perbankan Islam terhadap ekosistem kewangan mampan. Bank pusat itu berkata, hasil yang diharapkan daripada VBI adalah hampir serupa dengan objektif yang ditetapkan