Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BNM: Rizab Malaysia berjumlah AS$105.3b

    KUALA LUMPUR, 31 DIS – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.3 bilion pada akhir November 2020, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.51 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

    BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

    Menurut bank pusat, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing apabila matang yang termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah AS$8.47 bilion. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda