Pelakon Nam Bo Ra mengumumkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang bukan dari kalangan selebriti, melalui saluran YouTubenya.
Nam Bo Ra mendedahkan bahawa dia menerima lamaran mengejut semasa percutiannya di Jepun dan menyatakan persetujuan untuk berkahwin.
Selepas pengumuman itu, Nam Bo Ra menyatakan penghargaan atas sokongan dan ucapan tahniah yang diterimanya.
Dalam satu temu bual telefon bersama Xportsnews, pelakon itu berkata, “Ramai orang mengucapkan tahniah kepada saya, dan saya sangat bersyukur kerana menerima lebih banyak ucapan daripada yang dijangkakan.”
Dia menambah, “Teman lelaki saya sangat baik hati. Dia sentiasa menyokong saya dan berkata, ‘Bo Ra akan lakukan dengan baik.’ Dia adalah seseorang yang membantu saya bergerak ke arah yang lebih baik dan sentiasa berada di sisi saya, tidak kira apa yang saya lakukan.”
Menurut laporan Soompi, Nam Bo Ra bertemu dengan teman lelakinya semasa aktiviti sukarelawan di gereja.
“Kami sudah mengenali satu sama lain selama kira-kira tiga hingga empat tahun. Kami sebaya, dan dia menguruskan perniagaannya sendiri,” kata Bo Ra. – Agensi