Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BoA dituduh buat pembedahan plastik

    Kemunculan penyanyi BoA menerusi drama Marry My Husband menjadi perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mengalami sedikit perubahan.

    Mana tidaknya bibir BoA yang terlihat lebih berisi membuatkan warganet berpendapat penyanyi itu menjalani pembedahan kosmetik.

    Bagaimanapun memetik kenyataan mStar, BoA menyangkal dakwaan tersebut menerusi satu siaran langsung yang dibuat baru-baru ini.

    Kata BoA, perubahan mukanya disebabkan oleh tabiat mengetap bibir selain menggunakan pendakap gigi sejak 2023.

    “Saya tidak menjalani sebarang pembedahan plastik, tapi tabiat semula jadi buatkan muka saya berubah.

    “Saya suka gigit bibir saya mungkin itu yang membuatkan ia beri kesan kepada bahagian mulut saya,” katanya.

    Dalam pada itu, dia berharap warganet agar tidak menyebarkan fitnah terhafap dirinya.

    Malah dia juga berharap watak antagonisnya di dalam drama Marry My Husband dapat diterima ramai. – Agensi

    Wajah dan bibir BoA jadi perhatian warganet dalam Marry My Husband. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda