Pelakon Bob Odenkirk yang dikejarkan ke hospital Selasa lalu selepas dilaporkan pengsan di set penggambaran drama bersiri Better Call Saul.
Menurut wakil keluarga Odenkirk, pelakon berusia 58 tahun itu kini dipantau ketat oleh doktor selepas mengalami masalah pada jantung.
“Kami boleh mengesahkan yang keadaan Odenkirk sekarang sudah stabil selepas mengalami masalah pada jantungnya.
“Dia dan seluruh ahli keluarga ingin berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang sentiasa memantau keadaan kesihatan Odenkirk serta tidak dilupakan pelakon, kru dan produser yang turut bersamanya di hospital.
“Mohon doakan dia segera sembuh dan harap dapat berikan sedikit ruang privasi untuk dia kembali pulih,” katanya.
Difahamkan ketika kejadian, Odenkirk sedang sibuk menyiapkan baki penggambaran drama terbabit yang dijangka ditayangkan awal tahun depan. – Agensi
