Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bobby iKon hangat bercinta dengan model

    ANGGOTA kumpulan iKON, Bobby dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang model jelita dikenali sebagai Lee Seo Yoon.

    Dipetik dari Allkpop melaporkan, percintaan pasangan itu mula dihidu selepas Seo Yoon dilihat hadir pada majlis pelancaran album solo Bobby berjudul Love & Fall pada 14 September lalu.

    Bobby ketika mengadakan persembahan pada acara itu tiba-tiba menjerit ‘gadis paling cantik sedang berada di sini’ dan Seo Yoon berdiri sebagai respon kepada jeritan penyanyi rap itu dari pentas.

    Bagaimanapun bibit-bibit percintaan mereka sebenarnya sudah lama dihidu peminat apabila pasangan itu dilihat memakai gelang tangan serupa.

    Model itu juga pernah membintangi video muzik Body nyanyian kumpulan iKON.

    Percintaan Bobby dan Lee Seo Yoon mula dihidu peminat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda