Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bobi diiktiraf anjing tertua dunia

    LEIRIA, PORTUGAL, 13 FEB – Bobi, anjing pengawal berusia 30 tahun yang terlepas daripada maut sejurus selepas lahir, sedang menjalani sisa-sisa hidupnya sebagai selebriti di tengah Portugal selepas diisytiharkan anjing tertua di dunia.

    Apabila ia diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai anjing tertua dunia pada 1 Februari, ia memecah rekod usia hampir satu abad yang dipegang sebelumnya oleh Bluey, anjing gembala Australia yang mati pada 1939 pada usia 29 tahun dan lima bulan.

    Baka tulen Rafeiro, anjing pengawal ternakan Portugal dengan jangka hayat biasanya di antara 12 dan 14 tahun, Bobi terselamat daripada dibunuh selepas lahir.

    Ia lahir pada 11 Mei 1992 bersama tiga anak anjing lain dalam bangsal kayu yang dimiliki keluarga Costa di kampung kecil Conqueiros di tengah Portugal.

    Leonel, tuan punya anjing, menyumbang umur panjang Bobi kepada kehidupan tenang di desa dan diet manusia, yang termasuk daging dan ikan.

    “Ia sentiasa memakan apa yang kami makan,” katanya.

    Lagipun ia tidak pernah dirantai dan biasa merayau-rayau di belukar di sekitar kampung.

    Sekarang, ia menghadapi masalah berjalan, maka Bobi menghabiskan masanya melepak di belakang laman bersama kucing atau tidur selepas makan. – AFP

    Gambar menunjukkan Bobi, anjing berusia 30 tahun yang telah diisytiharkan anjing tertua dunia oleh Rekod Dunia Guinness, di rumahnya di kampung Conquiros berdekatan Leiria. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda