RIYADH, 15 DIS – Boca Juniors menewaskan Barcelona menerusi sepakan penalti kelmarin di Riyadh, dalam perlawanan persahabatan bagi memperingati Diego Maradona, dan menandakan kepulangan pemain Brazil, Dani Alves ke kelab Sepanyol itu.
Ferran Jutgla meletakkan Barca dihadapan pada minit ke-50 tetapi Exequiel Zeballos menyamakan kedudukan pada pertengahan separuh masa kedua dan perlawanan telah berakhir 1-1.
Pasukan Argentina itu kemudian memenangi ‘Piala Maradona’ sulung 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.
Alves, 38, menyertai semula Barcelona di mana dia bermain antara 2008-2016 dan memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan La Liga enam kali, tetapi tidak layak untuk muncul dalam perlawanan kompetitif sehingga jendela perpindahan dibuka awal tahun depan.
Dia adalah pemain bebas selepas meninggalkan Sao Paulo pada September berikutan pertikaian mengenai gaji yang tidak dibayar.
Aksi pemain pertahanan, Alves masih lagi yang berbisa dan menyempurnakan penaltinya dalam penentuan sepakan tersebut. – AFP