Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Boeffi International, peneraju terkenal dalam teknologi kerusi urut mewah, hari ini telah memperkenalkan ciptaan terbaharunya iaitu kerusi urut Bresso 2 dan Begio 2.
Kedua-dua tambahan baharu pada barisan produk Boeffi tersebut direka untuk meningkatkan pengalaman kerusi urut ke tahap baharu sekali gus menawarkan pelbagai ciri dan faedah unik untuk relaksasi, melegakan kesakitan dan kesejahteraan pada keseluruhan.
Majlis pelancaran bagi kedua-dua kerusi urut berkenaan telah berlangsung pagi tadi di Healthy Holm, Kompleks
Taibah Nest, Kiulap yang disaksikan para pengamal media tempatan dan tetamu lainnya.
Bresso 2 ialah satu kejayaan dalam teknologi kerusi urut, menawarkan banyak ciri yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Kelebihan utamanya termasuk mekanisme pemanasan dan 12 program urut penjagaan kesihatan.
Selain itu, ia juga menyediakan program Slim Care Massage yang memfokuskan kepada pelangsingan badan dengan menyampaikan urutan dalam yang khusus menyasarkan pinggul yang menggalakkan aliran dan peredaran limfa, membantu dalam detoksifikasi dan
penurunan berat badan. Ia juga disertakan dengan mod cahaya malam.
Kerusi urut Begio 2 direka khas untuk memberikan pengalaman urutan yang lembut dan selesa, menjadikannya sesuai untuk individu warga emas dan mereka yang ingin melegakan sakit belakang dan ketegangan.
Ciri-ciri utama Begio 2 pula termasuk Soft Delicate Touch, mekanisme pemanasan, mod lembut dan boleh dilentur serta program urut regangan.
Kedua-duanya direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman relaksasi dan kesihatan terbaik.
Dalam tempoh jaminan, Boeffi menawarkan servis setiap enam bulan, dan dua kali setahun pada tahun kedua.