BEIJING, 16 Julai – Boeing telah menerima lebih 60 tempahan dan komitmen daripada China bagi pesawat berenjin tunggal 737 MAX 10, menurut Boeing China.
Tenpahan itu diterima daripada syariat-syarikat penerbangan baru seperti Ruili Airlines dan juga syarikat-syarikat penerbangan yang memiliki armada Boeing seperti Xiamen Airlines, OK Airlines dan Donghai Airlines serta beberapa syarikat penyewaan semula China.
“Adalah sangat bermakna untuk melihat pelanggan-pelanggan China menjadi pelanggan pelancaran pesawat model baru Boeing, kata Pengarah Urusan Pemasaran bagi Timur Laut Asia di Boieng Commercial Airplanes, Darren Hulst.
Boeing melancarkan pesawat 737 MAX 10, jumlah terbesar dalam siri pesawat 737 MAX, semasa Pertunjukan Udara Paris 2017 pada Jun lalu.
Dilengkapi dengan enjin CFM LEAP-1B, pesawat 737 MAX 10 mampu terbang pada lingkungan jarak maksimum 5,955 kilometer.
Ia juga berupaya membawa sehingga 230 orang penumpang dengan satu kelas tempat duduk versi ekonomi. Pesawat itu mempunyai badan sepanjang 43.8 meter.
Pesawat 737 MAX 19 dapat membantu syarikat-syarikat penerbangan China dalam memenuhi peningkatan permintaan dalam laluan berkepadatan tinggi dengan aliran penumpang yang tinggi serta jadual yang padat, kata Hulst.
Pesawat-pesawat dalam keluarga 737 MAX terus menjadi pesawat paling laris dalam sejarah Beoing, dengan memperoleh lebih 3,800 tempahan dari 88 pelanggan serata dunia. – Xinhua