Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing akui gangguan keselamatan sebelum nahas

    WASHINGTON, 6 Mei – Jurutera Boeing mengenal pasti satu kerosakan dalam sistem amaran juruterbang pada pesawat udara 737 MAX pada tahun 2017, setahun sebelum nahas Lion Air, kata syarikat semalam.

    Boeing berkata pengurusan tidak menyedari mengenai isu tersebut sehingga nahas di Indonesia, yang membunuh 189 orang, dan kapal terbang tidak dibenarkan terbang sehingga sebuah pesawat lain daripada jenis yang sama yang dikendali oleh Ethiopian Airlines terhempas beberapa bulan kemudian, menyebabkan 157 orang terbunuh.

    Menurut Boeing, satu peralatan standard yang memberitahu juruterbang mengenai percanggahan di antara indikator sudut serangan (AOA) – yang mengukur sudut pesawat yang ke udara untuk memberi amaran keadaan pegun yang akan berlaku – tidak diaktifkan melainkan satu indikator pilihan tambahan dibeli oleh syarikat penerbangan.

    Ia mengakibatkan syarikat penerbangan yang tidak membeli indikator pilihan tambahan itu – termasuk Lion Air dan Ethipion Airlines – tanpa ciri-ciri keselamatan.

    Maklumat indikator sudut serangan yang rosak mungkin telah memainkan peranan dalam kedua-dua nahas, menyebabkan sistem anti-pegun 737 MAX diaktifkan tanpa perlu dan menolak muncung kapal terbang menghala ke darat walaupun tatkala juruterbang berusaha untuk mengekalkan altitud. – AFP

    Gambar fail Boeing 737 Max 8 yang dibina untuk pesawat Jet Airways, India berlepas dari Tarmak Boeing dalam ujian pesawat di Seattle. Boeing semalam mengatakan bahawa juruteranya sudahpun mendapati ia mempunyai isu keselamatan sebelum berlakunya nahas Lion Air dan Ethipian Airlines yang meragut lebih daripada 300 nyawa. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda