BRISBANE, AUSTRALI, 23 SEPT – Syarikat gergasi aeroangkasa berpangkalan di Chicago, Boeing telah mengumumkan rancangan untuk membina pesawat tentera, dron jenis baharu di Australia.
Boeing berkata kelmarin ia telah memilih bandar Toowoomba di negeri Queensland sebagai pusat pemasangan terakhir bagi pesawat tanpa kendalian manusia, Loyal Wingman.
Penerbangan ujian pertama telah diselesaikan awal tahun ini.
Pengumuman itu muncul kurang seminggu selepas AS, Britain dan Australia mengumumkan perikatan keselamatan baharu yang akan membekalkan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear yang telah dikecam oleh China dan mempertingkatkan lagi ketegangan di rantau Indo-Pasifik. – AP