Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Boeing cuba kurangi jejak karbon

    SAN DEIGO, 2 JUN – Ketika industri penerbangan berusaha untuk mengurangkan jejak karbonnya, Boeing telah menandatangani perjanjian untuk membantu usahanya mendapatkan bahan api pesawat yang mampan dan ia terikat dengan sumber yang tidak terduga: lautan.

    Gergasi aeroangkasa itu telah menandatangani perjanjian dengan syarikat permulaan yang berpangkalan di Los Angeles untuk membeli hidrogen yang akan dihasilkan oleh kemudahan yang direka untuk membersihkan air laut daripada karbon dioksida supaya lautan dapat menyerap lebih banyak gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

    Dengan menyerap 30 peratus daripada pelepasan karbon dioksida sejak Revolusi Perindustrian, lautan telah bertindak sebagai sinki karbon gergasi dan menjadi penampan penting bagi melindungi orang ramai daripada kesan yang lebih teruk akibat perubahan iklim awal.

    Equatic berkata Boeing telah bersetuju untuk pra-pembelian hidrogen, yang akan dihasilkan apabila ia menggunakan sistem penyingkiran karbon, dibangunkan oleh fakulti kejuruteraan Universiti California Los Angeles di pelabuhan Los Angeles dan Singapura. Ia dijadualkan akan beroperasi pada tahun 2025. Penyelidik telah menguji sistem itu di tapak demonstrasi di kedua-dua lokasi.

    Hidrogen mesra alam kemudiannya dapat digunakan sebagai komponen dalam bahan api peswat yang mampan. Penerbangan pada masa ini menyumbang kira-kira 2.5 peratus daripada pelepasan karbon dioksida di seluruh dunia.

    Ketua Pegawai Operasi Equatic, Edward Sanders mengakui bahawa sokongan Boeing adalah dorongan besar untuk inisiatif yang baharu sahaja muncul.

    “Melalui perjanjian dengan Boeing, mereka menyedari bahawa hidrogen akan berguna kepada mereka,” katanya. “Dan kami telah mengadakan beberapa perbincangan yang sangat menggalakkan dengan industri lain yang juga memerlukan hidrogen yang merancang untuk menghasilkannya melalui penjanaan neutral karbon daripada hidrogen mesra alam,” tambahnya. – AP

    Tapak demonstrasi sistem penyingkiran karbon berasaskan air laut disediakan di atas tongkang di San Pedro, Calif., 12 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...