Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing henti ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur

    WASHINGTON, 20 OGOS – Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing, kelmarin mengumumkan bahawa pihaknya menghentikan ujian penerbangan model 777X selepas kerosakan ditemui pada komponen struktur antara enjin dan struktur pesawat, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    “Semasa penyelenggaraan berjadual, kami mengenal pasti komponen yang tidak berfungsi seperti yang direka. Pasukan kami sedang menggantikan bahagian itu… sebelum menyambung semula ujian penerbangan apabila bersedia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.

    Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.

    Perkhidmatan berita penerbangan dalam talian, The Air Current memetik sumber yang memaklumkan bahawa keretakan turut ditemui dalam struktur yang sama pada pesawat ujian lain bagi model 777-9.

    Boeing tidak memberikan butiran lanjut tetapi menekankan bahawa tiada penerbangan dengan pesawat ujian lain dirancang dalam masa terdekat.

    Boeing menyatakan bahawa bahagian yang rosak itu hanya digunakan dalam model 777-9 dan mereka sentiasa memaklumkan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengenai perkembangan itu.

    Boeing pada asalnya memperkenalkan model 777X sebagai pengganti kepada 777 yang digunakan secara meluas pada 2013 dengan tarikh perkhidmatan awal ditetapkan pada 2020. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda