Boeing hentikan operasi 128 pesawat di seluruh dunia

WASHINGTON, 22 FEB – Boeing hari ini menyeru bagi menghentikan operasi 128 dari 777 pesawatnya di seluruh dunia ketika pengawal selia AS menyiasat penerbangan United Airlines yang mengalami kerosakkan enjin dan serpihan pesawat jatuh di kawasan sebuah komuniti pinggir bandar Amerika.

Dua syarikat penerbangan utama United, Korean Air dan Jepun mengesahkan bahawa mereka telah menggantung operasi 62 pesawat yang dilengkapi jenis enjin sama dengan pesawat malang dalam kejadian di Denver Sabtu lalu.

Lembaga Pengangkutan dan Keselamatan Nasional AS (NTSB) juga sedang menyiasat kejadian itu yang tidak membawa sebarang kecederaan. Boeing memberi amaran bahawa pesawat yang dalam pemasangan juga tidak digunakan sehingga Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan menjalankan prosedur pemeriksaan.

“Sementara siasatan NTSB sedang berlangsung, kami mengesyorkan untuk menghentikan operasi sebanyak 69 pesawat dalam perkhidmatan dan 59 dalam simpanan 777 yang dikuasakan oleh enjin Pratt & Whitney 4000-112,” kata syarikat itu.

Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA) mengatakan mereka masing-masing telah menghentikan 13 pesawat dan 19 pesawat menggunakan enjin PW4000 tetapi mengelakkan pembatalan penerbangan dengan menggunakan pesawat lain.

Kementerian pengangkutan Jepun mengatakan pihaknya telah mengarahkan pemeriksaan mesin yang lebih ketat setelah pesawat JAL 777 yang terbang dari Haneda ke Naha mengalami masalah dengan enjin yang sama pada bulan Disember lalu.

United mengatakan secara sukarela mengeluarkan 24 pesawat Boeing 777 dari perkhidmatan dan menjangkakan hanya sebilangan kecil pelanggan yang akan terjejas.

Sementara itu. Kementerian pengangkutan Korea Selatan menjelaskan tidak akan segera menghentikan operasi pesawat dan menambah pihaknya sedang memantau keadaan. – AFP

Logo Boeing di badan pesawat Boeing 787-10 Dreamliner di Landasan Le Bourget pada malam pembukaan International Paris Air Show. Boeing meminta menghentikan 128 dari 777 pesawatnya di seluruh dunia. – AFP