Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Boeing jangka pengeluaran 737 MAX kembali normal

    RENTON, 28 JUN – Boeing dijangka kembali mengeluarkan 38 unit pesawat 737 MAX sebulan ‘dalam beberapa bulan akan datang’ selepas insiden pada Januari menjejaskan pengeluarannya, kata ketua kilang Renton syarikat itu.

    “Pengeluaran di tiga kilang pemasangan telah menjadi perlahan ketika Boeing memberikan tumpuan kepada kawalan kualiti,” kata Katie Ringgold, Naib Presiden dan Pengurus Besar Program 737 serta ketua tapak di kilang kawasan Seattle.

    “Fokus saya bukan pada kadar pengeluaran, tetapi pada keselamatan,” kata Ringgold kepada wartawan yang menyertai lawatan yang dianjurkan untuk mempamerkan usaha Boeing dalam meningkatkan kawalan kualiti dan keselamatan.

    Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengehadkan pengeluaran bulanan Boeing kepada 38 unit 737 MAX sehingga syarikat itu dapat menunjukkan pemulihan.
    Namun, Boeing telah menghasilkan pesawat di bawah tahap tersebut sementara ia menaik taraf operasi.

    Bagaimanapun, Ringgold tidak menyatakan angka tepat mengenai pengeluaran bulanan semasa.

    “Pengeluaran akan meningkat secara beransur-ansur untuk kembali kepada 38 unit,” kata Ringgold, sambil menambah ia akan mencapai tahap itu ‘dalam beberapa bulan akan datang’.

    Pada akhir Mei, Boeing telah membentangkan kepada FAA satu rangka kerja untuk meningkatkan keselamatan yang termasuk lebih banyak pemeriksa dan penanda aras prestasi baharu.

    Pegawai Boeing menunjukkan bukti kemajuan sejak mula melaksanakan rancangan tersebut, tetapi mengatakan hasil penuh akan mengambil masa beberapa tahun. – AFP

    Pesawat Boeing 737 MAX semasa dipasang di Kilang Boeing Renton di Renton, Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...