Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Boeing keluarkan pesawat 747 terakhir

    SEATTLE, 7 DIS – Selepas lebih separuh abad, Boeing dijangka mengeluarkan 747 terakhirnya dari kilang negeri Washington hari ini.

    Jet jumbo itu, yang telah memainkan pelbagai peranan sebagai kapal terbang kargo, pesawat udara komersial yang berupaya membawa 500 penumpang dan sebagai pesawat presiden Air Force One, muncul buat pertama kali pada 1969. Ia merupakan pesawat udara komersial terbesar di dunia dan yang pertama dengan dua lorong, dan ia masih lebih besar berbanding kebanyakan kapal terbang lain.

    Ia memerlukan lebih daripada 50,000 pekerja dan masa kurang 16 bulan untuk mengeluarkan 747 pertama. Syarikat itu telah menyiapkan 1,573 sejak itu.

    Namun dalam tempoh 15 tahun, Boeing dan pesaing Eropah Airbus telah mengeluarkan kapal terbang berbadan lebar baharu dengan dua enjin dan bukannya empat untuk 747. Pesawat tersebut adalah lebih menjimatkan minyak dan menguntungkan.

    Delta ialah syarikat penerbangan AS terakhir yang menggunakan 747 untuk penerbangan penumpang, yang tamat pada 2017, walaupun syarikat penerbangan antarabangsa lain masih menggunakannya, termasuk syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

    Pelanggan terakhir adalah syarikat penerbangan Atlas Air, yang menempah empat buah pesawat 747-8 pada awal tahun ini. Tempahan terakhir dijadual dikeluarkan di kilang Boeing di Everett, Washington pada malam Selasa. – AP

    Kapal terbang penumpang baharu, Boeing 747-8 mengadakan penerbangan pertamanya pada 20 Mac 2011 di Padang Paine, Everett, Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...