Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing kurangkan 10% tenaga kerja

    WASHINGTON, 30 APRIL – Boeing akan mengurangkan tenaga kerjanya kira-kira 10 peratus berikutan ekonomi yang merudum disebabkan penularan wabak COVID-19.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Dave Calhoun berkata pihak syarikat terpaksa mengambil langkah itu disebabkan pengurangan pengeluaran dan kesan berterusan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu kelmarin.

    “Kami telah mula mengurangkan jumlah pekerja kira-kira 10 peratus termasuk melalui pemberhentian secara sukarela,” kata Calhoun dalam mesej video kepada kakitangan syarikat. Boeing, syarikat aeroangkasa terbesar di Amerika Syarikat (AS), mengupah hampir 160,000 pekerja di seluruh dunia.

    Sejak wabak mula melanda, 26 juta rakyat Amerika hilang pekerjaan dan pengurangan tenaga kerja oleh Boeing boleh memberi tekanan kepada ekonomi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda