BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Para pengamal media tempatan kelmarin telah berpeluang menaiki dan melihat sendiri operasi pesawat perang Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dinamakan, Boeing P-8A Poseidon Anti-Submarine yang berada di negara ini bagi Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT).
Untuk eksesais yang telah bermula pada 6 November lalu itu, pesawat berkenaan menjalankan latihan bagi misi mencari dan menyelamat yang berperanan sebagai ‘mata di langit’ yang menyediakan kesedaran situasi bagi Brunei dan USN. (Klik di sini untuk berita lanjut)