Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing peroleh kontrak AS$805 juta

    WASHINGTON, 31 Ogos – Pentagon semalam mengumumkan bahawa ia telah menganugerahkan syarikat aeroangkasa gergasi Amerika Syarikat (AS), Boeing, kontrak bernilai AS$805 juta bagi membangunkan dron pengisian minyak semula tanpa pemandu untuk Tentera Laut AS.

    Boeing bertanggungjawab terhadap segala-galanya, dari mereka bentuk, mengeluarkan hingga menghantar dan menyelenggarakan empat dron ‘MQ-25A Stingray’, yang akan memulakan perkhidmatannya pada 2024, menurut kenyataan tentera AS. Dron itu diberi nama bersempena bentuknya seperti ikan pari, akan dilancarkan dari syarikat pengangkut udara, mengembangkan keupayaan pesawat AS dan kebolehan misi.

    “Ia adalah hari yang bersejarah,” menurut Ketua Laksamana Operasi Tentera Laut, John Richardson.

    “Kami akan mengimbau semula hari ini dan menyedari bahawa acara ini merupakan satu peralihan dramatik dalam cara kami menentukan keperluan di medan perang, bekerja bersama industri, mengupayakan pesawat bersama pemandu dan tanpa pemandu serta meningkatkan kebolehan pesawat dalam semua kelajuan yang relevan.

    Boeing terpaksa bersaing dengan General Atomics dan Lockheed Martin bagi kontrak itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda