Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing pertimbang batal perjanjian pengakuan nahas pesawat 737 MAX

    NEW YORK, 25 MAC – Boeing sedang berusaha untuk membatalkan perjanjian pengakuan yang berkaitan dengan dua kemalangan maut 737 MAX yang dicapai tahun lalu dengan kerajaan AS dan kemudiannya ditolak oleh hakim di Texas, lapor Wall Street Journal kelmarin.

    Menurut akhbar itu, yang memetik beberapa sumber yang tidak dinamakan, gergasi penerbangan tersebut berharap untuk mendapatkan ‘denda yang lebih ringan’ daripada Jabatan Kehakiman di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, yang kini mengkaji semula beberapa kes jenayah yang belum selesai.

    Boeing bersetuju pada Julai lalu untuk mengaku bersalah atas kesalahan penipuan selepas Jabatan Kehakiman mendapati syarikat itu gagal memperbaiki program pematuhan dan etika mereka, yang melanggar perjanjian pendakwaan tertunda susulan kemalangan MAX pada 2018 dan 2019.

    Perjanjian itu dimeterai pada Januari 2021 untuk menyelesai nahas tersebut, yang meragut nyawa 346 orang di Etiopia dan Indonesia. – AFP

    Ibu pejabat serantau Boeing, di Arlington, Virginia pada 29 April 2020. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda