Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing terima tempahan dari Uzbekistan

    WASHINGTON, 24 SEPT – Saham Boeing meningkat kelmarin selepas syarikat gergasi aeroangkasa Amerika itu mengumumkan tempahan kapal terbang dari Uzbekistan dan hasratnya untuk membina pesawat yang lebih besar untuk dijual kepada China.

    Duta Amerika Syarikat (AS) ke China, David Perdue berpendapat rundingan mengenai perjanjian yang melibatkan Boeing dan China kemungkinan akan diadakan pada hari atau minggu akhir mereka.

    “Ia adalah tempahan yang besar dan sangat penting kepada Presiden serta kepada Boeing,” kata Perdue kelmarin ketika melawat China bersama sekumpulan penggubal undang-undang AS. Beliau itu tidak memberikan butiran mengenai transaksi yang belum selesai.

    Komen Perdue dibuat sehari selepas Boeing berkata bahawa Uzbekistan Airways akan membeli sehingga 22 daripada 787 Dreamlinernya. Syarikat pesawat Asia Tengah itu merancang untuk memperoleh 14 daripada pesawat penumpang bersaiz lebar dan pilihan tempahan untuk menambah lapan pesawat lagi, kata Boeing.

    Boeing berkata pembelian tersebut akan membantu syarikat penerbangan itu mengembangkan laluan antarabangsanya, termasuk ke AS, serta menyediakan hampir 35,000 pekerjaan di AS.

    Harga saham Boeing ditutup 2 peratus lebih tinggi kelmarin, menjadikan keuntungannya untuk tahun ini setakat ini kepada 22.2 peratus.

    Presiden Donald Trump, dalam catatan media sosial Isnin lalu, menilai perjanjian Uzbekistan Airways lebih AS$8 bilion tetapi tersilap mengatakan pesanan itu untuk 22,787 pesawat. – AFP

    Gambar fail bertarikh 24 September 2024 menunjukkan ibu pejabat Boeing di Renton, Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda