Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeing umum terima tempahan empat jet perniagaan

    SAN FRANCISCO, 23 MEI – Boeing kelmarin mengumumkan menerima tempahan sehingga empat Jet Perniagaan Boeing (BBJ) jarak jauh ultra oleh pelanggan VIP yang namanya tidak didedahkan, lapor Xinhua.

    Pesanan itu termasuk dua BBJ 787-8, satu jet BBJ 737-7 dan pilihan untuk membeli BBJ 777-9, menurut pengumuman itu.

    “Dibangunkan menggunakan platform kerangka pesawat terbang komersial paling laris Boeing, pelanggan mengiktiraf nilai dalam mengendalikan jet yang paling boleh dipercayai dan berkebolehan di dunia,” kata presiden BBJ, Joe Benson.

    Dilengkapi inovasi dan teknologi terkini pesawat komersial Boeing, siri keluaran pesawat BBJ dengan prestasi persekitaran yang dipertingkat, mengurangkan penggunaan bahan api berbanding generasi sebelumnya, menurut syarikat itu. – Bernama

    Boeing kelmarin mengumumkan menerima tempahan empat jet perniagaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda