Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BOJ bakal lancar program perintis Yen digital

    TOKYO, 19 FEB – Bank of Japan (BOJ) akan memulakan program perintis untuk menguji penggunaan yen digital dengan institusi kewangan komersial pada April, kata bank pusat baru-baru ini.

    Di bawah program itu, BOJ akan menjalankan transaksi simulasi de-ngan entiti swasta dalam persekitaran ujian, yang akan membantu bank pusat bersiap sedia sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengeluarkan yen digital.

    Berpuluh-puluh institusi kewangan termasuk bank terkemuka ne-gara, pemberi pinjaman serantau dan syarikat perkhidmatan pembayaran digital dijangka mengambil bahagian dalam percubaan tersebut, kata bank itu, sambil menambah bahawa ia belum menjangkakan pengguna sebenar untuk mengambil bahagian.

    Program perintis itu akan menandakan fasa terakhir dalam pertimbangan Jepun terhadap yen digital, yang dikatakan penyokong akan memberi rangsangan kepada ekonomi digital di negara dengan wang tunai masih menyumbang sebahagian besar pembayaran.

    BOJ akan menubuhkan Forum Mata Wang Digital Bank Pusat, yang akan menjadi platform untuk perbincangan dengan syarikat swasta. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...