Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bola Jaring: SM Sufri Bolkiah juara Kluster 5

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 6 April – Pasukan dari Sekolah Menengah (SM) Sufri Bolkiah, Tutong hari ini menjuarai Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kluster 5 2017, yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong bertempat di Dewan Kompleks Sukan Tutong, pagi tadi.

    Sementara naib juara kejohanan bola jaring disandang oleh Pasukan dari SM Tanjong Maya dan Pasukan dari SM Sayyidina Othman, Tutong mendapat tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat di kejohanan tersebut ialah Ketua Kokurikulum Daerah Tutong, Awang Ajamain bin Haji Othman.

    Kejohanan yang berlangsung itu telah pun dikendalikan oleh SM Sufri Bolkiah, Tutong selaku tuan rumah kejohanan.

    Antara aksi menarik dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kluster 5 yang dijuarai oleh SM Sufri Bolkiah.
    Antara aksi menarik dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kluster 5 yang dijuarai oleh SM Sufri Bolkiah.

    Kejohanan pada hari ini adalah dibukakan khusus bagi kategori C iaitu pelajar-pelajar perempuan berumur 16 hingga 18 tahun bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kluster 5.

    Ia diadakan adalah sebagai salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong yang bertujuan bagi mengembangkan daya saing yang sihat, membina jasmani dan rohani yang sihat, dan kemantapan para pemain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda