Saturday, March 29, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bola keranjang harapan untuk berjaya

    BEIJING – Dengan dibasahi peluh, tiga orang remaja perempuan membuat latihan menjaringkan bola di gelanggang sukan ketika musim panas yang terik.

    Tanpa memedulikan suhu cuaca yang panas, Yao Xiaoni, berusia 12 tahun merupakan salah seorang pemain dari utara China di Gunung Taiyue, menikmati setiap minit latihan itu. “Ia bukan mudah untuk keluar daripada kawasan pergunungan,” kata Yao memberitahu kepada Xinhua semasa beliau bermain bola keranjang di sekolah Menengah Jinshan di bandar Taiyuan kerana bola keranjang adalah satu-satunya harapan beliau.

    Beliau lahir dan dibesarkan di sebuah kampung pedalaman Jingfeng di Gunung Taiyue. Yao hidup dengan kemiskinan. Penduduk kampung seramai 2,000 orang tidak mampu untuk mendapatkan tepung sehingga tahun 2000. Keluarga Yao mengalami kemiskinan dengan lebih teruk lagi pada 2013 apabila bapanya, Yao Zhanshen menghidapi uremia dan memerlukan pemindahan buah pinggang. Ibunya, Duan Jie mahu menderma salah satu buah pinggangnya untuk menyelamatkan suaminya namun keluarga itu tidak mampu membiayai harga pembedahan itu.

    Dengan pertolongan kerajaan tempatan dan hutang daripada saudara mara dan jiran-jiran, bapanya telah diselamatkan tetapi beliau terpaksa mengambil ubat dalam jangka masa yang panjang dan memutuskannya untuk tidak lagi bekerja.

    Situasi ini akhirnya telah berubah pada tahun 2017, apabila jalan raya telah dihubungkan dengan kemudahan pembangunan pelancongan luar bandar di kampung itu semasa usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan. Kehidupan keluarga Yao akhirnya dalam keadaan baik pada tahun 2018.Pada masa itu juga Tao mula untuk bermain bola keranjang dan beliau menunjukkan bakatnya dalam sukan itu. Walaupun sukar untuk mendapatkan akses, bola jaring Gunung Taiyue merupakan sukan terkenal dalam wilayah itu. Manakala wilayah Qinyuan, jumlah penduduknya hanya 160,000 dan mempunyai 306 pasukan bola keranjang dan 218 gelanggang. Kesukaan dalam sukan ini sentiasa menyentuh perasaan Yao.

    Beijing, China. – Agensi.

    Padang bola keranjang dibina di sekolah rendah Yao pada tahun 2017 dan hanya dua pasukan sahaja yang dibuat semasa Yao bermula bermain bola jaring di sekolah itu yang mempunyai seramai 37 orang pelajar.

    Pada tahun lepas, Yao Ming dan Persatuan Bola Keranjang China memulakan kerja untuk membangunkan bola keranjang remaja untuk kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun. Presiden CBA menawarkan program kumpulan bola jaring kecil termasuk tiang bakul jaring yang rendah, bola dan gelanggang kecil.

    “Kami harus mengambil bahagian dalam liga bola keranjang yang kecil,” kata Liu Yalin, ketua sekolah Rendah Pusat Jingfeng.

    Pemain bola keranjang sekolah rendah teringin untuk bermain secara serius dalam wilayah itu. Oleh itu, Liu memutuskan untuk mengadakan pemilihan yang akan mewakili sekolah dan pasukannya.

    Walau bagaimanapun, ketua Liu telah disuruh untuk menghantar pasukan lelaki untuk mewakili Jingfeng kerana tiada pesaing yang menghantar pasukan wanita. Liu memberikan idea yang berani. Beliau menubuhkan pasukan yang dicampur dengan lelaki dan wanita termasuk Yao, akhirnya mereka berjaya menduduki tangga ke-4 dalam perlawanan itu.

    Pada perlawanan itu, prestasi Yao amat mengagumkan semua yang hadir menonton perlawanan itu sehingga beliau telah terpilih dalam pasukan 12 tahun ke bawah di Bandar Changzi pada 2018. Mereka juga berjaya mendapat kedudukan ke-4.

    Selepas menonton perlawanan Yao, Wang Gaihuan, ketua jurulatih pasukan sekolah Menengah Jinshan membuat keputusan untuk mengambil beliau sebagai rekrut pemain bola keranjang.

    “Apabila saya bertanya sama ada beliau teringin untuk menyertai bola jaring, beliau bersetuju dan pada masa itu saya dapat melihat harapan bersinar dari matanya. Saya memberitahu kepada diri saya sendiri untuk mengajarnya dengan penuh dedikasi,” kata Wang.

    Lebih menarik lagi, Yao tidak menghampakannya. Beliau berlatih dengan bersungguh-sungguh. Selepas situasi dan kesusahan yang pernah dialaminya, beliau berusaha dengan lebih tekun untuk mengalahkan pesaingnya di gelanggang bola jaring.

    “Saya ingin mencapai ke puncak perlawanan kebangsaan pada masa akan datang dan pada masa itu juga, saya teringin untuk membawa keluarga saya ke Beijing,” kata Yao. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda