Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bola Piala Dunia dicipta ‘lebih pantas’

    DOHA, 31 MAC – FIFA melancarkan bola Piala Dunia 2022 untuk perlawanan final di Qatar semalam, berjanji ia akan bergerak lebih pantas di udara berbanding mana-mana bola dalam sejarah pertandingan.

    Bola yang dibuat oleh Adidas itu bergelar Al Rihla, yang bermakna ‘perjalanan’ dalam bahasa Arab, dan coraknya ‘menerima inspirasi daripada kebudayaan, seni bina, bot ikon dan bendera Qatar,’ kata FIFA dalam satu kenyataan. Perekanya berkata bola itu akan menjadi ‘bola Piala Dunia FIFA paling pantas dan paling tepat setakat ini.’

    “Perlawanan semakin pantas dan, apabila ia menjadi semakin pantas, ketepatan dan kestabilan pergerakan adalah amat penting,” kata Franziska Loeffelmann, Pengarah Reka Bentuk Grafik Bola Sepak di Adidas.

    “Corak baharu itu membenarkan bola mengekalkan kelajuan lebih tinggi ketika ia bergerak di udara,” tambahnya.

    Bola itu akan berkunjung ke sepuluh bandar di seluruh dunia, termasuk Dubai, Tokyo, Bandar Mexico dan New York dalam tempoh beberapa minggu akan datang. – AFP

    Presiden FIFA Gianni Infantino bergambar bersama Al Rihla, bola rasmi Piala Dunia 2022 pada sidang media semasa Kongres FIFA ke-72 di Doha, Qatar kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda