BALI, INDONESIA, 16 NOV – Bola sepak bukan sekadar sukan, ia mempunyai kuasa ‘magis unik’ dalam menyatukan orang ramai, kata Presiden FIFA, Gianni Infantino dalam temu bual eksklusif dengan Xinhua menjelang Piala Dunia FIFA 2022.
Semasa menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Bali, Indonesia, Infantino meminta para pemimpin dunia supaya mengetepikan ketegangan dan konflik, sebaliknya menikmati acara bola sepak empat tahun sekali itu yang dijadualkan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember di Qatar.
“Piala Dunia sepatutnya menjadi acara kegembiraan dan perpaduan. Ia sepatutnya menghantar mesej harapan. Bola sepak juga merupakan aktiviti ekonomi yang penting dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai ratusan bilion dolar AS, mewujudkan berjuta-juta pekerjaan dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi,” kata Infantino.
Infantino menjangkakan Piala Dunia FIFA di Qatar akan ditonton oleh lima bilion orang, lebih separuh daripada penduduk dunia. – Bernama
