Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    ‘Bola sepak Inggeris terbaik di dunia’

    LONDON, 24 MAC – Pengurus Latvia, Paolo Nicolato kelmarin memuji bola sepak Inggeris sebagai yang terbaik di dunia menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukannya di Wembley.

    Perlawanan yang akan diadakan esok antara England dan Latvia merupakan pertemuan kali pertama pasukan itu di peringkat senior, dengan Thomas Tuchel ingin meneruskan rentak selepas menang 2-0 ke atas Albania Jumaat lalu untuk dijadikan sebagai asas untuk meraih kejayaan seterusnya – perlawanan pertamanya mengendalikan Three Lions.

    England akan memulakan saingan di kedudukan keempat dalam ranking dunia, dengan Latvia di tangga ke-140 dalam kedudukan ranking.

    Pasukan Tuchel juga merupakan antara pesaing utama untuk merebut Piala Dunia tahun depan, setelah layak ke pusingan akhir Kejohanan Eropah dua kali berturut-turut.

    “Dalam tempoh 20 tahun terakhir England telah menjadi pasukan teratas dalam liga utama yang menjadi tumpuan kami,” kata Nicolato.

    “Ia telah mengubah cara permainan bola sepak dan kualiti pemain di tengah padang.

    “Terutamanya apabila sering kali ada beberapa pemain baharu yang akhirnya muncul pemain hebat. Ada ramai pemain muda juga. Bola sepak Inggeris adalah yang terbaik di dunia,” tambahnya.

    Latvia memenangi aksi pembukaan kumpulan mereka 1-0 di Andorra pada Jumaat lalu, tetapi keadaan padang yang kurang baik dan liga domestik musim panas mereka telah menjadikan tugas berdepan England lebih sukar.

    “Perlawanan terakhir menghabiskan banyak tenaga kerana ia bukannya padang yang bagus dan ramai pemain hanya mula bermain pada Mac jadi mereka tidak cergas,” kata Nicolato. – AFP

    Tuchel semasa sesi latihan di St George’s Park, Burton upon Trent, England pada 18 Mac. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Peronda pertolongan cemas dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...