Bola sepak negara dipaparkan dalam laman rasmi FIFA

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Perkembangan bola sepak di Negara Brunei Darussalam akan menjadi tumpuan dalam laman sesawang FIFA sebagai sebahagian daripada siri Perlawanan Global baru-baru ini.

Rencana eksklusif bertajuk ‘Brunei Darussalam bangunkan tradisi bola sepaknya yang lama’, yang menekankan sukan bola sepak dari tempat yang jauh daripada tumpuan, menurut badan pengurusan bola sepak dunia.

Penyerang Kota Ranger, Adi Said dan pemain DPMM FC, turut dipaparkan selepas aksi wira mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia yang berasingan.

Rencana tersebut mengiktiraf kejayaan Brunei Darussalam dalam kancah antarabangsa dengan kemenangan di laman sendiri dan tempat lawan pada tahun 2015 dan 2019, walaupun kedua-dua perlawanan dikalahkan dengan agregat.

Ia turut menekankan penubuhan Persatuan Bola Sepak Amatur Negara Brunei pada tahun 1956 dan liga kebangsaan dengan penubuhan Liga Perdana Brunei pada 2002 dan Liga Super Brunei pada 2012.

Perkembangan bola sepak di negara ini menjadi tumpuan apabila dipaparkan dalam laman sesawang FIFA sebagai sebahagian daripada siri Perlawanan Global.

Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan beberapa perkembangan sejak menjadi ahli gabungan FIFA pada 1972 dan turut menerangkan rancangan mereka untuk mengembangkan pemain muda.

“Kami mempunyai beberapa rancangan untuk meningkatkan jumlah kanak-kanak untuk bermain bola sepak,” menurut Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), Sivaji Narayanan dipetik dari laman rasmi FIFA.com.

Beliau menambah bahawa pusat mencari bakat akan dibangunkan di negara ini untuk memberikan lebih banyak peluang sementara perkembangan jurulatih beliau turut ditingkatkan.

Imej pemain muda Brunei Darussalam, Mohd Addy Zaky Billah bin Haji Awang Raimi meraikan gol bersama rakan sepasukannya semasa kemenangan bersejarah 2-0 ke atas Kemboja dalam Kejohanan Belia AFF Bawah 16 Tahun di Chonburi, Thailand pada 2017 turut ditunjukkan.

Pemain mudah sensasi DPMM FC, Mohd Hakeme Yazid bin Said dan pemain berbakat Kasuka FC, Mohd Aisan Aizuddin Abdullah bin Mohd Aiman turut disebut berada di dalam skuad.

Negara Brunei Darussalam sebelum ini dipaparkan dalam laman sesawang rasmi FIFA semasa lawatan Presiden FIFA, Gianni Infantino pada Oktober lalu.

Rencana Perlawanan Global seterusnya akan memaparkan negara Tajikistan, yang turut menjadi ahli gabungan di bawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).