Bola sepak Perancis cetus teka-teki

PARIS, 6 APRIL – Pandemik koronavirus telah mencetuskan teka-teki untuk bola sepak Perancis, dan ketika ini, mereka yang berkuasa tidak mengetahui jawapannya.

Secara ringkasnya, musim bola sepak telah dikatakan berakhir semakin diterima ramai, tetapi beberapa pendapat dengan tegas membantahnyaa.

Liga teratas dan divisyen kedua telah digantungkan selama tiga minggu, dengan 10 pusingan setiap satu untuk dimainkan, dan ramai yang mengatakan ia patut dihentikan ‘‘tidak mengira berapa pun kos perlu dibayar’.

“Terdapat ketidakpastian hari ini,” presiden Lyon Jean-Michel Aulas, antara yang terawal menyeru agar liga tersebut supaya ditamatkan dan mengikut kelayakan Eropah dalam kedudukan musim lalu yang mana meletakan mereka di tempat ke tujuh pasukan dalam Liga Juara-juara, memberitahu L’Equipe.

Dia menambah peluang untuk ‘menamatkan kesemua perlawanan adalah tipis’.

Rakan sejawatnya di Brest, Denis Le Sant memberitahu akhbar yang sama ‘musim bola tidak mungkin bersambung semula’.

Presiden Amines, Bernard Joannin, yang berada di tangga ke-19 liga turut bersetuju.

“Denis Le Saint berada di posisi yang sepatutnya dengan meletakan kesihatan paling utama dari yang lain.

Ia adalah pandangan yang dikongsikan oleh ramai orang dalam dunia bola sepak,” Joannin memberitahu AFP.

“Kita kena faham bahawa satu-satunya komander ialah COVID-19. Malangnya, ia yang menentukan agenda.

Manakala yang lain berang. “Kita berharap liga dapat ditamatkan jika dapat. Ia mengganggu saya melihat beberapa orang malu sekiranya bola sepak mahu kembali pada satu masa,” Pieere Wantiez, pengurus am Ligue 2 Le Harve, memberitahu AFP.

“Saya tidak akan bersembunyi dan berkata ‘ia telah tamat, kita tidak dapat melakukan apa-apa.’ Tunggu sajalah sebelum mengatakan musim ini telah tamat.” – AFP