ABUJA, 1 MAC – Bola Tinubu dari parti Kongres All Progressives memenangi pilihan raya presiden, menurut badan pilihan raya Nigeria pada Rabu, lapor Xinhua.
Tinubu memperoleh undian tertinggi dengan lebih 8.79 juta undi, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan.
Pemimpin berusia 70 tahun itu menewaskan pesaing terdekatnya, bekas naib presiden Atiku Abubakar, dari Parti Demokratik Rakyat.
Abubakar memperoleh lebih 6.98 juta undi dan diekori rapat oleh Peter Obi, calon Parti Buruh, yang memperoleh kira-kira 6.1 juta undi.
Pilihan raya itu disifatkan antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara, ekoran Tinubu kehilangan Lagos, kubu kuatnya di wilayah barat daya negara itu, kepada Obi.
Tinubu, pernah berkhidmat sebagai bekas gabenor dan senator negeri Lagos. – Bernama
