ABUJA, 29 MEI – Bola Tinubu mengangkat sumpah sebagai presiden Nigeria hari ini, menggantikan Muhammadu Buhari, bekas jeneral yang berundur selepas dua penggal memegang jawatan.
Warga selatan berusia 71 tahun itu mengambil alih daripada warga utara berusia 80 tahun ketika negara paling ramai penduduk di Afrika itu berdepan banyak masalah ekonomi dan cabaran keselamatan.
“Sebagai presiden Republik Persekutuan Nigeria, saya akan melaksanakan tugas saya dan melaksanakan fungsi saya dengan jujur mengikut kemampuan saya, dengan setia dan mengikut perlembagaan,” kata Tinubu dalam siaran langsung dari Dataran Eagle di ibu negara Abuja. – AFP