Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Perkhidmatan pengambilan darah di Bahagian Makmal, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong akan dibuka semula kepada orang ramai bermula 18 Jun. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, perkhidmatan pengambilan darah berkenaan dibukakan dari Isnin hingga Khamis dan

