Boleh ambil darah di hospital Tutong mulai 18 Jun

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Perkhidmatan pengambilan darah di Bahagian Makmal, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong akan dibuka semula kepada orang ramai bermula 18 Jun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, perkhidmatan pengambilan darah berkenaan dibukakan dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 1:45 petang hingga 4:15 petang.

Kenyataan menyatakan bahawa tempat pengambilan darah adalah di Bahagian Makmal iaitu tingkat satu bersebelahan dengan Klinik Perubatan. Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.