Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Boleh minta tiga ringgit?

    Baru-baru ini, semasa menggunakan perkhidmatan di kedai dobi, saya didekati oleh seorang warga tempatan.

    Beliau mengajak saya berbual pendek. Memandangkan saya sedang menunggu pakaian untuk siap dicuci, saya pun melayan dia berbual-bual. Saya lihat dia tidak pun menggunakan perkhidmatan dobi tersebut.

    Sepanjang perbualan, mula-mula saya tidak perasan apa motif dia terlalu percaya kepada saya dengan menceritakan kisah-kisahnya.

    Selepas dia bercerita tentang kisah sedihnya, barulah saya mula syak sesuatu.

    “Boleh minta tiga ringgit?” dia bertanya. Tepat sekali jangkaan saya.

    Memandangkan dia telah ‘menemani’ saya di kedai dobi dan saya mempunyai $3 selepas menukar token dobi, jadi saya memberinya.

    Namun dia tidak segera beredar dan saya jangka dia akan menunggu ‘teman’ seterusnya.

    Dalam kes lain, beberapa hari lalu, ada lagi seorang warga tempatan lain turut meminta $3 semasa saya beratur di luar ATM. Caranya juga sama iaitu memulakan perbualan.

    Saya dapat rasa perbuatan ini semakin menjadi trend apabila rakan-rakan saya yang lain turut berkongsi cerita sama. Saya berharap ini bukanlah satu sindiket terancang seperti di negara lain namun saya cadangkan agar pihak berkuasa cuba menyiasat perkara ini.

    Three dollar Man

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...