Boling padang tambah perak

Oleh Fadhil Yunus

FILIPINA, 2 DIS – Atlet duo boling padang Brunei Darussalam Amaliah binti Haji Matali dan Esmawandy Ibrahim memungut pingat perak dalam Kategori Wanita Berpasangan di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di Filipina, kelmarin.

Atlet negara tewas kepada pasangan atlet Malaysia Alyani Jamil dan Emma Firyana Saroji dengan pungutan mata 14-21 di perlawanan akhir. Sementara itu, pusingan kelayakan untuk merebut pingat gangsa, pasukan Brunei Abdul Rahman Omar dan Muhammad Arrif bin Amli terlepas tempat untuk menaiki podium setelah tewas kepada pasangan Malaysia dengan pungutan mata 8-20.

Aksi pemain ketika perlawanan. – Gambar oleh Infofoto