Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolivia lantik duta pertama ke AS

    LA PAZ, 27 NOV – Bolivia melantik duta pertamanya ke Amerika Syarikat (AS) dalam 11 tahun semalam, kata pegawai, tatkala kerajaan sementara menetap semula dasar asing negara selepas peletakan jawatan Evo Morales.

    Walter Oscar Serrate Cuellar telah diberikan jawatan itu, umum kementerian luar di Twitter, mengisi satu jawatan yang kosong sejak perbalahan diplomatik di antara La Paz dan Washington pada 2008.

    Pelantikan profil tinggi itu, yang perlu diluluskan oleh Senat, diumumkan tatkala kerajaan sementara bersedia untuk mengadakan pilihan raya baharu yang tidak termasuk Morales.

    Parti Gerakan Sosialisme pimpinan Morales menguasai parlimen Kongres.

    Serrate sebelum ini berkhidmat sebagai duta Bolivia dan wakil tetap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata kementerian.

    Di bawah Morales, presiden Bolivia selama 14 tahun, hubungan dengan Amerika Syarikat adalah tegang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda