Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolivia mula suntikan vaksin Sputnik V

    LA PAZ, 29 JAN – Bolivia sudah menerima bekalan vaksin COVID-19 Sputnik V dihasilkan Rusia dan akan memulakan kempen vaksinasi mulai hari ini, lapor agensi berita Sputnik, kata Presiden Luis Arce.

    Semalam, Arce menyambut ketibaan pesawat yang membawa bekalan pertama vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto La Paz.

    “Kita akan mulakan vaksinasi di sembilan kawasan esok. Sudah tentu ia akan dilaksanakan secara bertahap, bergantung kepada penghantaran bekalan vaksin ke pusat kemudahan penyimpanan,” kata Arce kepada wartawan. Pada akhir Disember, Bolivia mencapai kesepakatan mengenai bekalan 5.2 juta dos vaksin Rusia ke negara Amerika Latin itu. Diikuti kebenaran penggunaan kecemasan oleh pihak berkuasa Bolivia pada 6 Januari. – Bernama

    Pekerja lapangan terbang memunggah hantaran pertama vaksin COVID-19 Rusia Sputnik V selepas ia tiba di lapangan terbang antarabangsa di El Alto, Bolivia pada 28 Januari 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda