MILAN, 29 SEPT – Roberto Soriano menjaringkan dua gol dan membantu mencipta jaringan ketiga ketika Bologna mencatat kemenangan pertama 4-1 Serie A musim ini kelmarin, menentang musuh mereka, Parma.
Soriano menanduk masuk gol pertama pada minit ke-15 di Emilia-Romagna, dengan gol keduanya yang dijaringkan 14 minit kemudian terkena pemain.
Soriano kemudian membuat hantaran kepada Andreas Skov Olsen untuk menjadikan kedudukan 3-0, 10 minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Pemain remaja dari Scotland, Aaron Hickey membuat penampilan pertama untuk Bologna empat hari selepas Bologna menandatangani permain tersebut dari Hearts, dan pemain bek kiri berusia 18 tahun itu membuat permulaan yang mengagumkan di bahagian pertahanan Bologna.
Hernani berjaya meledak gol pertama Parma musim ini pada minit ke-67 selepas penjaga gol Bologna Lukasz Skorupski mengeluarkan bola tepat kepada Gaston Brugman, yang kemudian membuat hantaran kepada pemain Brazil tersebut.
Parma bermain dengan 10 orang 14 minit sebelum masa tamat selepas pemain pertahanan Simone Iacoponi dilayangkan kad merah selepas mengasari Rodrigo Palacio.
Penyerang Argentina itu berjaya menjaringkan gol keempat dalam masa kecederaan untuk meninggalkan Parma, yang kini dimiliki oleh Kyle Krause dari Amerika Syarikat, gagal meraih sebarang kemenangan dan berada di kedudukan terbawah liga selepas dua perlawanan.
Pasukan juara, Juventus berada di kedudukan keempat dengan empat mata selepas terikat 2-2 dengan Roma pada Ahad, dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol. – AFP
