Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bologna musnah impian Inter

    MILAN, 6 JULAI – Inter Milan melepaskan peluang dan kelebihan mereka setelah mendahului perlawanan dan mempunyai kelebihan pemain di dalam padang apabila tewas 2-1 di tempat sendiri di Bologna pada perlawanan semalam dan menyaksikan harapan mereka untuk memenangi gelaran Serie A semakin tipis.

    Antonio Conte memerlukan kemenangan untuk kembali merapatkan jurang kedudukan kepada lapan mata ke atas pendahulu liga Juventus dan juga Lazio yang berada di tempat kedua, walaupun mendahului perlawanan menerusi jaringan Romelu Lukaku di minit ke-20 dan bermain menentang 10 pemain, tetapi mereka gagal mempertahankannya.

    Juventus berada tujuh mata di tangga teratas Serie A setelah berjaya menewaskan Torino di Turin pada Sabtu lalu, apabila Lazio yang berada di kedudukan kedua kalah menentang AC Milan.

    Inter kini ketinggalan 11 mata dengan hanya berbaki lapan perlawanan sahaja lagi musim ini.

    Jaringan gol ke-20 buat Lukaku di liga sejak pemain Belgium itu menyertai Inter dari Manchester United tahun lalu dan jaringan ke-26nya dalam semua perlawanan.

    Bologna sentiasa memberi ancaman buat Inter dan Riccardo Orsolini dua kali hampir menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama.

    Inter diberi peluang keemasan untuk menguasai perlawanan 12 minit pada separuh masa kedua ketika pemain tengah Bologna, Roberto Soriano dilayangkan kad merah.

    Martinez gagal menjaringkan sepakan penalti apabila berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Lukasz Skorupski. – AFP

    Reaksi penyerang Bologna, Musa Barrow ketika meraikan jaringan gol kedua buat pasukannya semasa perlawanan Serie A antara Inter Milan dan Bologna yang berlangsung di Stadium Giuseppe-Meazza San Siro semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda