Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bologna tandatangani Dallinga

    MILAN, 24 JULAI – Bologna telah menandatangani penyerang antarabangsa Belanda, Thijs Dallinga dari Toulouse, kelab Serie A itu mengumumkan, kelmarin.

    Dallinga tiba di utara Itali dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 15 juta euro (AS$16.3 juta) dan sebagai pengganti kepada rakan senegara Joshua Zirkzee, yang berpindah ke Manchester United awal bulan ini.

    Pemain berusia 23 tahun itu, yang pernah membuat satu penampilan antarabangsa, mengharungi dua musim yang berjaya di kelab Ligue 1 Toulouse, menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan, termasuk dua gol dalam kemenangan final Piala Perancis tahun lalu.

    Kejohanan Piala Perancis di Nantes membawa penghormatan utama pertama Toulouse sejak ditubuhkan pada 1970.

    Bologna memulakan musim yang menarik, di mana di bawah jurulatih baharu Vincenzo Italiano di mana mereka akan membuat penampilan sulung dalam Serie A menentang Udinese pada 18 Ogos. – AFP

    Gambar bertarikh 30 April 2023 menunjukkan reaksi Dallinga dalam perlawanan akhir piala Perancis menentang FC Nantes. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda