Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolsonaro kutuk serbuan ke atas bangunan Kongres Brazil

    BUENOS AIRES, 9 JAN – Bekas presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengecam tindakan penyokongnya yang menyerbu bangunan Kongres Nasional dan pejabat lain kerajaan di ibu negara Brasília, lapor agensi akhbar Jerman (DPA).

    “Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi Brazil,” kata pemimpin Parti Liberal (PL) Bolsonaro, Valdemar Costa Neto dalam video yang dikeluarkan Ahad.

    “Kejadian di Brasília hari ini memalukan kita semua, mereka tidak mewakili parti kami, mereka tidak mewakili Bolsonaro.

    “Kami menyokong demonstrasi yang teratur. Tindakan hari ini sungguh memalukan.”

    Terdahulu, penyokong Bolsonaro yang marah menyerbu Kongres, Mahkamah Agung dan Palacio do Planalto yang menempatkan pejabat presiden. – Bernama

    Para penunjuk perasaan menyerbu bangunan Kongres Nasional, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda