Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolsonaro: Saya tidak akan ambil vaksin

    BRASILIA, 27 NOV – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengatakan beliau tidak akan mengambil vaksin koronavirus walaupun selepas mendapat persetujuan dari kerajaannya sendiri.

    “Saya memberitahu anda, saya tidak akan mengambilnya,” katanya dalam sebuah video yang disiarkan dalam media sosial kelmarin. “Itu hak saya.”

    Brazil telah mencatatkan lebih dari 170,000 kematian akibat koronavirus, menurut AFP, di belakang AS.

    Bolsonaro menghadapi kritikan terhadap tindakannya untuk menangani virus tersebut, termasuk untuk mengekang penularan virus, menentang tindakan pencegahan dan mempromosikan ubat hydroxychloroquine tanpa henti walaupun terdapat kajian menunjukkan ia tidak berkesan menentang koronavirus. Dia sendiri dijangkiti koronavirus pada awal bulan Julai, dan lebih daripada separuh kabinetnya telah diuji positif virus dalam beberapa bulan terakhir.

    Selepas persetujuan dicapai oleh pihak berkuasa kesihatan Brazil, kerajaannya akan segera mengatur pembelian dan pengedaran vaksin kepada mereka yang menginginkannya, katanya dalam video tersebut.

    Tetapi beliau menambah, bahawa parlimen Brazil tidak akan mewajibkan vaksinasi. Kebanyakan negara menaruh harapan terhadap vaksin untuk mengakhiri penderitaan pandemik, dengan beberapa vaksin kini diuji berkesan 95 peratus. – AFP

    Reaksi Bolsonaro semasa mengha-diri majlis di Istana Presiden Planalto, di Brasilia, Brazil, pada 26 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda