Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolt masih menaruh harapan

    DRAMMEN, 1 Jun – Bekas pelari pecut dunia, Usain Bolt berharap untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah-19 tahun Norway minggu depan bagi persediaan untuk menjadi pemain bola sepak profesional dan beraksi di Old Trafford untuk perlawanan amal.

    Pemegang pingat emas Olimpik lapan kali itu mengambil bahagian dalam latihan kelmarin dengan kelab Norway, Stromsgodset di Drammen, barat daya Oslo.

    Ini merupakan perkembangan terbaru Bolt untuk menjadi pemain bola sepak profesional selepas penyokong Manchester United itu menjalani sesi latihan bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada Mac.

    Pelari dari Jamaica itu akan beraksi di Stadium Old Trafford untuk perlawanan amal Soccer Aid pada 10 Jun depan, di mana dia akan mengetuai pasukan World XI menentang pasukan selebriti England yang diketuai oleh Robbie Williams.

    Sebelum perlawanan itu, raja pecut yang sudah bersara itu berharap untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah Norway bawah-19 pada Selasa ini.

    “Jika saya beraksi dalam beberapa minit, ia sudah memadai,” beritahu Bolt kepada para wartawan selepas sesi latihan.

    “Saya di sini cuba untuk kekal cergas untuk perlawanan amal di Manchester hujung minggu ini.

    “Menurut laporan, Bolt telah diberikan nombor jersi 9.58 saat, rekod dunia untuk acara 100m yang dicatat di Berlin pada 2009.

    Sementara itu, Stromsgodset bergelut dalam saingan liga Eliteserien, berada dalam kedudukan 12 daripada 16 pasukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda