NIGERIA, 26 JAN – Sekumpulan 27 penggembala Fulani terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sebutir bom meletup di kampung Rukubi di sempadan antara negeri Nasarawa dan Benue di tengah Nigeria, kelmarin.
Jurucakap polis negeri Nasarawa, Ramhan Nansel berkata polis tempatan kini bekerjasama dengan agensi keselamatan lain dan kerajaan negeri untuk menyiasat kejadian itu dan menahan mereka yang terlibat.
“Malang sekali kejadian sebegitu berlaku. Seramai 27 penggembala terbunuh selepas sebutir bom meletup di kawasan kerajaan tempatan Doma.
Polis dan agensi keselamatan lain bekerja sepanjang masa menyiasat punca yang membawa kepada serangan serta mengesan mereka yang terlibat,” kata Nansel lapor agensi Anadolu.
Gabenor, Nasarawa Abdullahi Sule yang mengulas mengenai letupan itu berikrar untuk memastikan mereka terlibat ditahan dan didakwa. – Bernama