Bom di lapangan terbang cetus kegemparan

BAITULMAQDIS, 3 MEI – Satu amaran bom telah mencetuskan panik di lapangan terbang Israel selepas sebuah keluarga Amerika muncul dengan peluru artileri yang ditemui oleh mereka di Golan Heights dan berhasrat membawanya pulang sebagai cenderahati kenang-kenangan.

Video yang tular di Internet menunjukkan penumpang bergegas mendapatkan perlindungan, berlari dan menjerit di dewan pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion baru-baru ini.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata pegawai keselamatan memberikan amaran apabila mereka menemui bom belum meletup itu. Sekurang-kurangnya seorang individu cedera selepas cuba melarikan diri di tali sawat penyampai, katanya. – AP

Gambar serahan pihak berkuasa lapangan terbang Israel menunjukkan peluru artileri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Lod, Israel. – AP