Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bom ikan: Empat lelaki etnik Pala’u ditahan di Lahad Datu

    LAHAD DATU, 10 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan empat lelaki etnik Pala’u serta merampas dua bot selepas dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di selatan Pulau Kun Kun semalam.

    Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dr Suzanna Razali Chan berkata kesemua suspek berumur antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan selepas menerima dua aduan awam pada 6:16 petang serta 6.:31 petang yang mengesan dua bot berwarna biru dan oren di 2.2 batu nautika di selatan pulau itu.

    “Kesemua tahanan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, tidak memiliki lesen serta nombor pendaftaran bot, selain anggota keselamatan bertugas turut menemukan dua botol bom ikan di atas bot itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu Seksyen 26 membabitkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan termasuk racun dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5,000. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...