Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bom palsu: Lelaki Jerman ditahan

    GENEVA, 12 OGOS – Polis Switzerland berkata mereka telah menahan lelaki Jerman yang berkaitan dengan beg galas dipenuhi bom paip palsu yang ditemui berhampiran laluan ke perarakan muzik terbesar di Zurich pada Sabtu.

    Polis negeri Zurich berkata hari ini, suspek berusia 31 tahun yang tinggal di Switzerland itu dipercayai pemilik beg galas tersebut.

    Suspek yang namanya belum dinyatakan telah ditahan lewat kelmarin di rumahnya di kawasan kejiranan Aargau. Lelaki Switzerland berusia 35 tahun yang pada awalnya ditahan berhubung kes itu telah dibebaskan.

    Polis berkata penyiasat masih cuba untuk memastikan apa motif suspek itu menghasilkan bom palsu dan meninggalkan beg itu dekat acara perarakan jalanan, namun memetik tiada ‘latar belakang ideologi’ ditemui. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda